Wednesday, February 11, 2009

cerita pelik di Camelia

kat sini aku nak kongsi satu cerita pelik. dalam kita sibuk dengan pelbagai asignment, nak siapkan tu nak siapkan ni, mcm2 perkara yg memeningkan. aku pun turut pening dan stress dgn keadaan ni. kelas yg padat, terkejar sana sini, dari bangunan FKP berlari ke bangunan FSU, patah balik ke FKP. belum lg urusan rumah, byr sewa, bil dan sebagainya. sampaikan kdg2 nak mkn pn tak sempat. terpaksa curi masa utk mkn. jd, apa yg mnjadi kemushkilan di sini adalah, dalam keadaan huru hara ni, yg dah sihat makin berisi, yg dah kurus makin kering. hmm,mushkil tak? aku bg contoh yg plg dekat ngn aku, of course la bdk2 umah aku. yg 3 org ni, dlm keadaan stress pn bdn tetap naik, termasuklah aku,hehe...yg lg 2org plak, makin kering plak jdnya, terutamanya roomate aku la, cian aku tgk..dah puas ambil vitamin pn xjd ape, nurse bg pil utk tmbah berat pn, xjd ape jgk..hm klu blh nak je yg 3org ni sedekah lemak skt,hu3..housemate aku yg sorang ni plak, mcm2 cara dah dibuat, nak slim la skt, kaedah tradisional pn dah dicuba..smpai 1 ketika tu, mkn sup sayur je,heh...tp xjgk berkesan..smpai dia nak ambik ubat lbh2 pn takut jgk, yelah tkut ada kesan sampingan..tp apepun, dia tetap maintain comel tau, tak gitu kak hae deh...aku ni plak,hrp2 jgn la lg besar drpd ni..tp xpela, mak aku tetap ckp aku comel,huhuhu...al-maklum la nama pn anak dia..hmm itu la yg aku heran skrg ni, sepatutnya dalm keadaan mcm ni kitorang dah blh kurus, tp lain lak yg jd..xpela, asalkan bahagialah kawan2ku, btl tak...lg difikir lg stress jdnya...

Monday, February 9, 2009

K etahuilah OlehMU Exclamation Mark.gif

ketika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.


Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.



Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...




Sunday, February 8, 2009

HARIMAU,BUAYA,MADU & TIKUS

Releks Sekejab Renungan utk semua...renunglah betapa kecilnya kita di bumi Allah ini... Jadikan kisah ini sebagai pengajarn dan peringatan buat kita semua...Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!...bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut.Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH. Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.ASTAGHFIRULLAH...

Babai mak....

Suatu petang di sebuah 'supermarket'.... Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik.. dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer,sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik". "Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!!!!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh. "Haah???????!!!!"....

anda dan bantal

1) Memeluk Bantal - Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal - Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal - Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki - Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal - Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal- Kasihan betul... pergi kedai, belilah satu

kiamat!!!

Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065... Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... Wallahu'alam...

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian...

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadamAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski pun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....." Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam